Selamat datang ke Laman Utama CHICACHIPS.

Menurut wikipedia, ubi kayu (nama botani: Manihot Esculenta Crantz) ialah tumbuhan tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran. Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia.

Ubi kayu sering menjadi makanan pilihan apabila berlaku masalah mendapatkan sumber makanan biasa, seperti ketika musim tengkujuh atau malapetaka awam, atau semasa peperangan seperti semasa Perang Dunia ke 2.

Namun, apabila keadaan menjadi pulih dan berkembang pesat dengan teknologi canggih, penggunaan ubi kayu semakin dilupakan. Ramai yang menganggap ianya tidak penting lagi kerana ada berbagai sumber makanan yang baru dan lebih sedap.

Penggunaan ubi kayu sebagai produk makanan berkembang apabila kerajaan memperkenalkan ianya sebagai produk kampung atau cottage industry. Namun perluasan penggunaannya hanyalah pada bentuk makanan kerepek. Oleh itu, CHICACHIPS berobjektif untuk meluaskan penggunaan kepada acara-acara khas dan hadiah korporat.